05 September 2009

Nuzul Al-Quran


Al-Quran petunjuk jalan kebenaran. Al-Quran pemimpin insan ke jalan kebahagiaan. Al-Quran panduan hidup insan. Al-Quran penyuluh kegelapan. Diturunkan kepada Rasul junjungan agar manusia tidak sesat jalan dan ada pedoman hidup. carilah kebahagiaan dengan menjadikan Al-Quran sebahagian dari kehidupan. Perbanyakkan amal ibadat di bulan yang penuh dengan kemuliaan..itulah Ramadhan. Hiasilah bibirmu dengan membacanya, sinarilah rumahmu dengan bacaannya..nescaya hidup kita akan berbahagia di dunia dan akhirat.

Selamat Berjaya - UPSR 2009


Selamat berjaya kepada murid-murid yang akan mengambil peperiksaan UPSR pada 8,9 dan 10 September 2009 ini. Sekalung doa dan harapan dari kami guru-guru dan ibubapa demi kejayaan mereka. Untuk tujuan itu satu majlis telah diadakan bagi merestui dan memohon doa demi kejayaan murid-murid SK Banir. Majlis tersebut telah dijalankan pada 4 September lalu. Selamat menghadapi Peperiksaan UPSR dan semoga berjaya.

29 April 2009

.::Salam Pengerat Kasih Sayang::.

Panitia Pendidikan Islam telah merangka satu program Budaya As-Salam yang perasmiannya akan dilakukan pada 11 Mei 2009 nanti oleh guru besar SK Banir. Program bertujuan untuk memberi pendedahan cara memberi dan menjawab salam dengan betul seperti yang digariskan oleh Islam serta penekanan betapa pentingnya salam itu diucapkan kepada kawan, guru dan juga staf yang ada di sekolah. Amalan ini akan diamalkan dalam kehidupan murid bersama keluarga dan masyarakat setempat.
Antara kandungan program yang dirangka ialah, kuiz agama, teka silang kata dan juga aktiviti-aktiviti berkaitan keagamaan. Program ini dirangka juga bertepatan dengan program sekolah iaitu, Kem Motivasi yang akan dijalankan pada 15 dan 16 Mei 2009 nanti. Semoga program ini dapat melahirkan murid-murid yang sentiasa mengamalkan salam dalam kehidupan. ::Panitia Pendidikan Islam::.

Happy Birthday!!



Kelab Guru dan Staf SK Banir telah menganjurkan satu sambutan Hari Lahir ahli-ahlinya yang lahir pada bulan Januari hingga bulan April pada 27 April yang lalu. Sambutan secara sederhana dan penuh kesyukuran itu turut sama disaksikan oleh Guru Besar, encik Saidi bin Daman. Semoga Allah melanjutkan usia kita semua serta di murahkan rezeki sentiasa.Terima kasih juga kepada Kelab Guru dan semua yang menjayakan sambutan ini. Semoga ikatan ukhwah antara guru-guru dan staf sentiasa bertaut dan berpadu. Selamat Hari Lahir...

25 April 2009

Mentor.....Menteee


Selaut Kasih! itulah harapan dan impian guru-guru SK Banir, demi kejayaan dan masa depan anak-anak didik yang dahagakan ilmu di teratak ilmu SK Banir. Satu program anjuran sekolah, iaitu Program "Mento Mentee" telah dilancarkan perasmian oleh guru besar SKB, encik Saidi bin Daman. Diharapkan dengan adanya program ini, murid-murid tahun 6 akan lebih mendapat tunjuk ajar dan nasihat daripada ibu-ibu angkat mereka yang telah dilantik bagi sesi UPSR 2009 ini. Semoga program ini berjalan lancar dan membawa perubahan dan kejayaan kepada murid tahun 6 yang akan menghadapi UPSR pada 8 September nanti.

13 April 2009

Kem Bina Insan 2009


Bagi meningkatkan lagi tahap penguasaan murid-murid menghadapi peperiksaan UPSR yang dijangkakan pada 8 September 2009 nanti, satu kem motivasi dianjurkan oleh SK Banir bagi merialisasikan matlamat tersebut.


Motivasi ini lebih kepada memberi penekanan tentang pentingnya kejayaan murid-murid dalam peperiksaan UPSR ini kepada ibubapa dan penglibatan mereka secara total bagi menjayakan hasrat ini. Murid-murid juga akan diberikan pendedahan tentang teknik-teknik menjawab dan soalan-soalan yang sering keluar dalam peperiksaan. Program ini adalah anjuran bersama SK Banir dan PIBG SK Banir. Kem ini dijangka diadakan pada 24 April ini. Selamat Maju Jaya...


22 March 2009

Memahat Sejarah Mencipta Tamadun


Usaha yang berterusan perlu bagi merialisasikan matlamat melahirkan modal insan yang cemerlang dan bermutu serta mencapai tahap penguasaan ilmu yang tinggi. Program pengajaran secara berfokus mampu membentuk keperibadian yang unggul dalam setiap P&P yang dijalankan.

Pada 28 Mac 2009 ini akan diadakan sambutan Hari Profesionalisme 2009 peringkat negeri Perak bagi memantapkan lagi profesionalisme guru-guru yang bakal membawa perubahan kepada dunia pendidikan. Bertempat di SJK(C) Hwa Min, semua warga pendidikan kelompok 1 akan berkumpul bagi mencapai satu matlamat bersama ke arah melahirkan guru yang mantap dan cemerlang bagi memahat sebuah sejarah tamadun manusia yang bakal meneruskan agenda peradaban insan.