
14 February 2009
.::26 Februari 2009 -Sukan SK Banir::.

Takwim Peperiksaan & Hari Kelepasan Am Persekutuan
Takwim Peperiksaan 2009
TAKWIM PEPERIKSAAN DALAMAN TAHUN 2009
PEPERIKSAAN | TARIKH |
Ujian Diagnostik | 05 hingga 08 Januari 2009 |
Ujian Selaras 1 | 10 hingga 13 Mac 2009 |
Peperiksaan Pertengahan Tahun | 18 hingga 22 Mei 2009 |
Ujian Selaras 2 | 10 hingga 13 Ogos 2009 |
Peperiksaan Pra UPSR ( Tahun 6) | 10 hingga 12 Ogos 2009 |
Peperiksaan Percubaan UPSR | 27 hingga 29 Julai 2009** |
Peperiksaan Akhir Tahun | 03 hingga 06 Nov 2009 |
** Tertakluk kepada arahan JPN
Hari Kelepasan Am Persekutuan 2009
BIL | HARI KELEPASAN AM | TARIKH | HARI |
1 | Tahun Baru Cina | 26&27 Jan | Isnin & Selasa |
2 | Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) | 9 Mac | Isnin |
3 | Hari Pekerja | 1 Mei | Jumaat |
4 | Hari Wesak | 9 Mei | Sabtu |
5 | Hari Keputeraan S.P.B. Yang di-Pertuan Agong | 7 Jun | Sabtu |
6 | Hari Kebangsaan | 31 Ogos | Isnin |
7 | Hari Raya Puasa* | 20 & 21 Sept | Ahad & Isnin |
8 | Hari Deepavali* | 17 Oktober | Sabtu |
9 | Hari Raya Haji (Hari Raya Qurban) 1430 Hijrah * | 27 November | Jumaat |
10 | Hari Krismas | 25 Disember | Jumaat |
11 | Awal Muharam (Maal Hijrah) 1431 Hijrah | 18 Disember | Jumaat |
Catatan
* - Tertakluk kepada perubahan
Buletin SKB & Soutul Hidayah telah terbit..

13 February 2009
Umur dan Aset
Ulama Ibnu Jauzi membahagikan umur kepada
- peringkat kanak-kanak sehingga usia 15 tahun
- peringkat muda iaitu 15 sehingga 35 tahun
- peringkat dewasa iaitu 35 tahun sehingga 55 tahun
- peringkat tua iaitu 55 tahun sehingga 75 tahun
- peringkat tua bangka iaitu 75 tahun ke atas
Dalam usia kanak-kanak, kita belajar mengenai kehidupan, dalam usia muda kadangkala kita tersasar lantas terjerumus melakukan kesilapa, justeru dalam usia dewasa kita sepatutnya mula menyedari kesilapan lalu untuk bertindak matang, kerana selepasa menginjak keusia tua dan tua bangka, dibimbangi kita tidak sempat tau sudah terlewat untuk melakukan yang terbaik dalam hidup.
Dalam surah al-Ahqaf:15, Allah ada membicarakan sedikit perjalanan hidup manusia, dalam firman-Nya yang bermaksud,
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya, ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya, dan sampai ke peringkat umur 40 tahun, berdoalah dia dengan berkata,”Wahai tuhanku, ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan ibubapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redha, dan jadikanlah sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku daripada orang-orang Islam yang tunduk patuh kepada-Mu.”
Jadi manfaatkanlah usia yang ada ini dengan penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah taala.
Cinta dan Kasih Sayang
Firman Allah yang bermaksud,
“ Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rsa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”
( Ar- Rum ayat: 21)
Cinta bukanlah sesuatu yang salah kerana ia merupakan perasaan fitrah manusia yang telah dianugerahkan dan ia perlu dibimbing agar sejajar dengan kehendak syariat serta tidak melanggar ketetapan-Nya.
Cinta mempunyai segala makna kasih sayang yang harmoni, perasaan rindu dan kesanggupan untuk menempuh suka dan duka kehidupan bersama. Cinta yang sebenarnya tidak memandang rupa paras yang cantik, ia tidak mementingkan aspek fizikal semata-mata sebaliknya menghargai di antara satu sama lain dengan menerima kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri masing-masing.
Islam sememangnya memberi ruang pada perasaan fitrah ini dengan mensyariatkan pernikahan sebagi tempat bermuaranya cinta. Islam mentarbiahkan, menyucikan dan membimbing perasaan cinta ini dengan ikatan yang halal menerusi akad nikah. Sebagaimana yang disabdakan dalam ayat berikut,
“Tidak terlihat di antara dua orang yang saling mencintai (sesuatu yang sangat menyenangkan) seperti pernikahan” (Sunan Ibnu Majah)
Hasad Dengki Umpama Api
Hasad dengki adalah perasaan yang sukar dibafikan daripada diri manusia. Hasad dengki jika dibiarkan akan bertukar menjadi dendam, seterusnya merosakkan hati seseorang. Justeru amat berbahaya jika rasa ini dibiarkan berada di dalam hati
Rasulullah bersabda yang bermaksud,
“Tidak berkumpul di dalam hati seseorang manusia antara iman dengan dengki”
( Riwayat Ibnu Majah $ Al-Baihaqi)
Hasad dengki diumpama seperti api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu. Jika perasaan dengki masih dalam diri, itu menunjukkan bahawa iman seseorang itu belum sempuran, malah itu adalah sifat diwarisi daripada syaitan.
Seorang pujangga Arab pernah berkata,
“Orang hasad tidak akan senang hidupnya dan akan bakhil, tidak akan berbudi dan tidak akan dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu. Tidak ada kemanusiaan bagi pendusta dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak.”