13 February 2009

Umur dan Aset

Ulama Ibnu Jauzi membahagikan umur kepada lima peringkat :

  1. peringkat kanak-kanak sehingga usia 15 tahun
  2. peringkat muda iaitu 15 sehingga 35 tahun
  3. peringkat dewasa iaitu 35 tahun sehingga 55 tahun
  4. peringkat tua iaitu 55 tahun sehingga 75 tahun
  5. peringkat tua bangka iaitu 75 tahun ke atas

Dalam usia kanak-kanak, kita belajar mengenai kehidupan, dalam usia muda kadangkala kita tersasar lantas terjerumus melakukan kesilapa, justeru dalam usia dewasa kita sepatutnya mula menyedari kesilapan lalu untuk bertindak matang, kerana selepasa menginjak keusia tua dan tua bangka, dibimbangi kita tidak sempat tau sudah terlewat untuk melakukan yang terbaik dalam hidup.

Dalam surah al-Ahqaf:15, Allah ada membicarakan sedikit perjalanan hidup manusia, dalam firman-Nya yang bermaksud,

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya, ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya, dan sampai ke peringkat umur 40 tahun, berdoalah dia dengan berkata,”Wahai tuhanku, ilhamkanlah aku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan ibubapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redha, dan jadikanlah sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku daripada orang-orang Islam yang tunduk patuh kepada-Mu.”

Jadi manfaatkanlah usia yang ada ini dengan penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah taala.

0 comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komentar anda..Terima Kasih!