28 February 2009

Rancangan hiburan terlalu banyak disiarkan ditelevisyen dewasa ini. Kian hari,ianya tumbuh bagaikan cendawan. Namun sejauh mana pengawasan dan tahap cakna kita kepada isu-isu berkaitan media masa ini. Zaman teknologi 3G umpamanya telah menyebabkan banyak masalah yang timbul hasil kecanggihan gajet-gajet yang dihasilkan bagi tujuan yang tidak baik.

Rancangan terbitan di TV pula kini kian lari dari matlamat mendidik jiwa insan. Ianya telah jauh menyimpang kerana kurangnya pemahaman tentang Islam dan batasannya dalam berhibur itu sendiri. Rancangan yang mencungkil bakat anak-anak kita umpamanya, bakal melahirkan seorang modal insan yang berbakat besar..namun bukan yang menerapkan nilai-nilai Islam yang sebenar. Mereka diajar menyanyikan lagu-lagu cinta, lagu rock dan lain-lain yang mereka sendiri tidak memahaminya. Jadi, ibubapa seharusnya memilih dan memantau apakah saluran alternatif bagi hiburan anak-anak ini.

Carilah hiburan yang mendidik jiwa, umapanya nasyid dan juga bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Bingkasan ini hanyalah sekadar renungan. Renungkan dan fikir-fikirkanlah..carilah yang terbaik untuk anda dan juga keluarga.

MTQ dan Mahrajan Kesenian Islam Kelompok 1

3 Mac 2009/Selasa 2.00 petang: Majlis Tadarus Al-Quran dan Mahrajan Kesenian Islam kelompok 1 akan diadakan di SK Batu Masjid, Temoh. Program anjuran bersama SK Banir, Tapah Road ini adalah penganjuran bersama, memandangkan SK Banir dan SK Batu Masjid adalah sekolah jenis SKM. Semoga majlis dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Selamat maju jaya kepada semua sekolah kelompok 1 yang mengambil bahagian. SK Banir hanya mempertaruhkan dua acara sahaja iaitu, bercerita perempuan dan juga tulisan jawi.

26 February 2009

Program Pintas Jawi SK Banir 2009


Seperti tahun-tahun yang lepas, program pintas jawi masih diteruskan dan melibatkan murid tahun 1 dan juga murid-murid tahap 1 dan tahap 2 yang masih lemah penguasaan jawi mereka. Panitia Pendidikan Islam telahpun menyediakan satu program bagi membantu dan memulihkan murid-murid yang lemah jawi ini dengan kerjasama semua guru di SK banir...Harapan lahirkan murid celik jawi dan Al-Quran..ppi.


Sukan Tahunan SK Banir akan telah diadakan pada 26 Februari 2009 . Seperti tahun-tahun yang lepas, walaupun jumlah muridnya hanya seramai 40 orang, namun kemeriahannya tetap dirasai. Kepada murid yang berjaya, diucapkan tahniah dan bagi murid-murid yang tidak berjaya boleh mencuba di tahun hadapan.Selamat maju jaya, majulah sukan untuk semua..

Kursus Pemantapan Kehakiman MTQ Daerah Batang Padang


Kursus tersebut telah diadakan pada 24-26 Februari 2009 bertempat di SK Sri Besaout. Ianya dihadiri seramai lebih daripada 40 orang ustaz dan ustazah di seluruh daerah Batang Padang. Kursus ini telah dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam,PPD Batang Padang. Tahniah kepada semua peserta kursus.


21 February 2009

Majlis Pelantikan Pemimpin Kecil



Satu majlis penyampaian watikah pelantikan pengawas dan pengawas pusat sumber sekolah akan di adakan pada 23 Februari 2009 (Isnin) bagi memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang dilantik sebagai pemimpin pelajar di SK Banir anjuran Unit HEM dan Pusat Sumber Sekolah. Majlis penyampaian watikah tersebut akan dirasmikan oleh Ketua Balai, Balai Polis Ayer Kuning, SM Rozali bin Abdullah. Selamat menjalankan tugas kepada semua murid yang dilantik.

16 February 2009

Mesyuarat Jawatankuasa Induk PSS

Mesyuarat diadakan pada pukul 1.45pm. Semua guru hadir kecuali guru besar yang menghadiri taklimat untuk guru besar.