28 February 2009

Kematian..bersediakah kita?

Mati? Satu ungkapan yang semestinya semua insan yang bernyawa akan gementar mendengarnya. Hanyalah orang-orang yang tidak yakin dengan pembalasan selepas mati sahaja tidak merasakan takutnya peristiwa kematian. Mati itu adalah pasti dan tidak akan berlaku tercepat atau lambat sesaat pun kematian seseorang melainkan ianya telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi.

Bersediakah kita untuk mati? Kalau jawapannya belum, apa yang perlu kita lakukan bagi memperlengkapkan diri kita dengan segala yang diperlukan selepas kita mati. Sanggup atau tidak, kita akan menempuhi saat-saat kematian ini.

Dipenghujung zaman ini, berlaku pelbagai bukti dan tanda-tanda bahawa kita telah berada di penghujung zaman. Peperangan, penyakit, gejala sisoal, umat Islam tidak bersatu dan banyak lagi tanda-tanda tersebut yang kita sedar mahupun kita hanya membutakan mata, memekakkan telinga..jawapannya, mati itu pasti menjemput kita dan saat kematian itu telah menghampiri kita semua.

Bertaubatlah sementara masa masih ada masa, berbudilah sementara masih dikurniakan rezeki,carilah jalan kebenaran dan tinggalkanlah semua kemungkaran.

Selamat beramal..

0 comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komentar anda..Terima Kasih!