06 March 2009

Pendaftaran Murid Tahun 1 -Tahun 2010

1) Pendafataran bagi murid tahun 1 (2010) akan diadakan pada 1 hingga 31 Mac 2009 ini. Kepada semua ibubapa yang mempunyai anak yang lahir bermula 2 Januari 2004 - 31 November 2004 bolehlah membuat pendaftaran mereka di Pejabat SK Banir pada waktu pejabat. Sila bawa bersama semasa pendaftaran, sijil lahir murid ( asal dan salinan), bil elektrik atau air serta dokumen yang berkaitan. - Unit HEM
2) Pertandingan Kebersihan Kelas telah di adakan bermula Mac hinggalah November 2009. Kelas-kelas akan diadili oleh guru bertugas mingguan dan diumumkan pada perhimpunan rasmi sekolah. Gambar menunjukkan murid Tahun 3 bersama piala pusingan yang dimenangi mereka bagi minggu pertama bulan Mac. Tahniah kepada mereka.

Action Song..

A) Gambar menunjukkan murid tahap satu seramai 15 orang sedang membuat persembahan di hadapan guru-guru sempena latihan akhir sebelum membuat persembahan di Karnival Bahasa Inggeris.

B) Nurul Afifah bt Shahril Izam, murid tahun 5 membuat persembahan bercerita dengan penuh gaya dan bersemangat.

C) Murid Tahun 3, Siti Noratirah bt Zulkifli mewakili murid tahap 1 bagi acara bercerita.

04 March 2009

..Wahdah Pemangkin Khaira Ummah..


Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul, pada10 Mac 2009 ini SK Banir akan mengadakan satu program sambutannya bermula jam 8.00 - 9.00 pagi. Satu ceramah berkaitan Maulidur Rasul akan disampaikan oleh Ustaz Mohamad bin Mat Yis, guru pendidikan Islam SK Banir kepada murid-murid dan semua warga SK Banir

Bersamalah kita menghayati dan meneladani sifat dan peribadi Rasulullah dalam kehidupan kita seharian. Perbanyakkan selawat ke atas nabi Muhammad dan berusaha untuk mengamalkan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Bersama kita menghayati tema sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, iaitu "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah"

Selamat menyambut Maulidur Rasul kepada semua guru, warga kerja SK Banir dan murid-murid SK Banir. Bersama kita membentuk jatidiri dan akhlak yang terpuji serta menjadi insan yang berguna untuk agama, bangsa dan juga negara.

03 March 2009

Majlis Penutupan MTQ Kelompok 1..

Acara penutupan Majlis Tadarus Al-Quran dan Mahrajan Kesenian Islam Kelompok 1 berjalan dengan lancar. Tahniah kepada pihak penganjur iaitu SK Batu Masjid dan juga SK Banir selaku penganjur bersama di atas kejayaan menjadi tuan rumah acara MTQ pada kali ini. Tahniah juga kepada semua pemenang dan kepada mereka yang gagal pula, boleh mencuba pada tahun hadapan. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Ustaz Hj Bahrudin bin Sulaiman, Penyelia Pendidikan Islam, PPD Batang Padang. SK Banir ditugaskan untuk mengendalikan acara dewan iaitu nasyid dan juga majlis penutupan rasmi. Terima kasih kepada semua guru-guru dari SK Banir dan guru-guru SK Batu Masjid..

01 March 2009

Ujian Selaras 1


Selamat menghadapi peperiksaan pada 10-13 Mac 2009 ini kepada semua murid-murid SK Banir. Kepada semua guru-guru juga diharapkan dapat menyiapkan kertas soalan kepada murid dengan kadar segera. Semoga Ujian Selaras 1 ini menjadi batu ukuran prestasi murid-murid SK Banir bagi sesi persekolahan pada tahun ini bermula Januari hingga Mac 2009.

28 February 2009

Kematian..bersediakah kita?

Mati? Satu ungkapan yang semestinya semua insan yang bernyawa akan gementar mendengarnya. Hanyalah orang-orang yang tidak yakin dengan pembalasan selepas mati sahaja tidak merasakan takutnya peristiwa kematian. Mati itu adalah pasti dan tidak akan berlaku tercepat atau lambat sesaat pun kematian seseorang melainkan ianya telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi.

Bersediakah kita untuk mati? Kalau jawapannya belum, apa yang perlu kita lakukan bagi memperlengkapkan diri kita dengan segala yang diperlukan selepas kita mati. Sanggup atau tidak, kita akan menempuhi saat-saat kematian ini.

Dipenghujung zaman ini, berlaku pelbagai bukti dan tanda-tanda bahawa kita telah berada di penghujung zaman. Peperangan, penyakit, gejala sisoal, umat Islam tidak bersatu dan banyak lagi tanda-tanda tersebut yang kita sedar mahupun kita hanya membutakan mata, memekakkan telinga..jawapannya, mati itu pasti menjemput kita dan saat kematian itu telah menghampiri kita semua.

Bertaubatlah sementara masa masih ada masa, berbudilah sementara masih dikurniakan rezeki,carilah jalan kebenaran dan tinggalkanlah semua kemungkaran.

Selamat beramal..
Rancangan hiburan terlalu banyak disiarkan ditelevisyen dewasa ini. Kian hari,ianya tumbuh bagaikan cendawan. Namun sejauh mana pengawasan dan tahap cakna kita kepada isu-isu berkaitan media masa ini. Zaman teknologi 3G umpamanya telah menyebabkan banyak masalah yang timbul hasil kecanggihan gajet-gajet yang dihasilkan bagi tujuan yang tidak baik.

Rancangan terbitan di TV pula kini kian lari dari matlamat mendidik jiwa insan. Ianya telah jauh menyimpang kerana kurangnya pemahaman tentang Islam dan batasannya dalam berhibur itu sendiri. Rancangan yang mencungkil bakat anak-anak kita umpamanya, bakal melahirkan seorang modal insan yang berbakat besar..namun bukan yang menerapkan nilai-nilai Islam yang sebenar. Mereka diajar menyanyikan lagu-lagu cinta, lagu rock dan lain-lain yang mereka sendiri tidak memahaminya. Jadi, ibubapa seharusnya memilih dan memantau apakah saluran alternatif bagi hiburan anak-anak ini.

Carilah hiburan yang mendidik jiwa, umapanya nasyid dan juga bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Bingkasan ini hanyalah sekadar renungan. Renungkan dan fikir-fikirkanlah..carilah yang terbaik untuk anda dan juga keluarga.